NOTIS:

LAMAN INI ADALAH DIKENDALIKAN OLEH PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KUMPULAN 3 TLC3

SEBAGAI TUGASAN BAGI SUBJEK LCA 4073

PENGURUSAN FATWA.

ORGANISASI

MUFTI
USTAZ MUHAMAD SHOFI BIN SYAARI

Dilahirkan pada 24 Disember 1989 di Hospital Bukit Mertajam dan kini menetap ditempat asalnya di Kampung Lahar Yooi daerah Tasik Gelugor Pulau Pinang.Beliau mendapat pendidikan awal di tadika Sg.Besi Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Pengkalan Tentera Darat dari darjah 1sehingga darjah 4.Kemudian darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Padang Menora dan mengambil UPSR di sana.Beliau meyambung pelajaran diperingkat menengah di Sekolah Menengah Agama(Arab)Yayasan Khairiah dan seterusnya mendapat Sijil Tinggi Agama Malaysia di sana.Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Fiqh & Fatwa dan seterusnya beliau memperoleh Master dalam bidang Syariah di Universiti Islam Antarabangsa. Kini beliau dilantik  menjadi mufti di  Jabatan Mufti Pulau Pinang  





TIMBALAN MUFTI
USTAZAH NOR AMALINA BINTI CHE YUSOF


NOR AMALINA BINTI CHE YUSOF.  Dilahirkan pada 10 September 1985. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha dan menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maahad Muhammadi Pasir Mas dan menyambung di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Seterusnya menyambung di peringkat diploma Tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Fiqh dan Fatwa. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada Januari 2009 beliau di dilantik menjadi Pensyarah Kanan di USIM sebelum dilantik sebagai  Timbalan Mufti bagi Jawatankuasa Fatwa Kumpulan 3 TLC 3 pada September 2011. 



 PEGAWAI ISTINBAT 1
USTAZAH NOR AZIRAH BINTI AB RAHIM

NOR AZIRAH BINTI AB. RAHIM.  Dilahirkan pada 26 April 1986. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Pulau Sebang. Seterusnya menyambung di peringkat diploma di Kulliyah Dirasat Syariah di Melaka. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Fiqh dan Fatwa. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Syariah di Universiti Malaya. Pada Febuari 2009 beliau di dilantik menjadi Pensyarah Kanan di USIM sebelum dilantik sebagai Pegawai Istinbat I bagi Jawatankuasa Fatwa Kumpulan 3 TLC 3 pada September 2011.


 PEGAWAI ISTINBAT II
          USTAZAH NORHASINAH BINTI HABIZUDI


Ustazah Norhasinah Habizudi dilahirkan pada 24 Februari 1988.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kadok dan menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Arab Hamidiah dan Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu.Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia sehinggga mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Fatwa.Pernah berkhidamat di Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Kelantan(JHEAIK) sebagai Penolong Pengarah bahagian Pentadbiran dan Pengurusan.Pada 14 September 2011 beliau dilantik menjadi pegawai istinbat II Jawatankuasa Fatwa Kumpulan 3 TLC 3.